28 May 2009

.:: diGamit SaNg keNangaN ::.

dh seminggu tk update blog nih
bak kata para blogger
"dh naik bersawang"
sebenarnya agak sibuk + tk tau nk update apa
ok2,arinih aku update
kali nih nk tayang gambr dulu2
gmbr masa kecik2
kebetulan baru dapat tau kt PPKT nih ader service scan
so aper lg la kan
mestila belek2 album abah
curi gambo2

ini adalah album abah..
pinjam jb


ini adalah gambo terpilih
5 cukup la
kang bosan lak tgk


gambar nih amek kt zoo negara
muka pun cm tk der perasaan jer
jakun tgk kamera agaknya


tgk la bertapa luasnya aku leh nganga
hehehehe
test vokal
kecik2 itu la keja aku
nangis..nangis..nangis
gambr nih kalau adik aku tgk jer
mesti tk henti dok kutuk aku


dh nangis teruk2
mesti la mk abh aku kena pujuk kn
nih adalah sesi memujuk
yg abh aku pegang tu adalah botol susu
botol tu dibalut dgn tuala
cover beb
malu org tgk dok isap botol lg

tgk,sumer gambr muka blur jer
tk penah tgk kamera jer lagaknya

sebenarnya gambr nih la special request
yg peluk aku tu adalah sepupu aku
namanya epul
baru2 nih ader borak dgn epul
aku : kita dh tk rapat cm dulu kan?
epul : ha'a, dh masing2 ada hala tuju sendiri
aku : dh lama aku tk jumpa dgn hg..rasa2 dh dekat 3 or 4 thn kan?
ntah2 bila jumpa kt mana2
aku dh tk kenal hg
epul : 1 hari nanti kalau aku betul2 tk dapat cr hg,
aku publish gambr kt kat genting tu,
wt jejak kasih..

ya, gambr diatas la yg dimaksudkan
oleh kerana kenangkan sepupu yg mkn jauh tu
aku pun bukak album lama
cari gmbr tu

p/s: mk aku nih mmg suka kaler kuning ker..gmbr aku kecik2 byknya pakai bj kuning...

.:: PerKara Yg KiTA tK taHu ::.

1) Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas
sebaliknya daripada kapas

2) 40% drp keuntungan McDonalds datang dari jaulan Happy Meals nya

3) Setiap individu mempunyai cop (corak) lidah yang berbeza sama
cam cap jari gak

4) Tikus dapat hidup lebih lama tanpa air daripada Unta

5) Kicap dujual pada 1830 an sebagai ubat

6) Merah adalah warna kereta yang paling popular

7) Abraham Lincoln tak suka di panggil ngan nama Abe

8) Nama sebenar Barbie's (dool yg popular tu) ialah
Barbara Millicent Roberts

9) Secara puratanya,setiap 12 kelahiran bayi dalam sehari
di serahkan kpd ibubapa yg salah

10) Leonardo da Vinci dapat menulis dan melukis serentak menggunakan
kedua-dua belah tangannya

22 May 2009

.:: LaDieS nItE @ PiZzA ::.

arini dah ari sabtu
mari bercerita tentang ari jumaat
lebih tepat lg malam jumaat
dengan perjanjian yg ala kadar
kami
-aku..qis..wan..n..fatin-
g makan pizza
plan yg menjadi

menanti pizza
tenung air jer dulu
sambil2 tu borak2
kononya cm lama tk jumpa

ini aku nyer fav
capucino (lupa cmner nk eja) blanded
sedap
harganya den tk kisah

yg atas pizza si fatin
qis pun order yg sama
yg bawah tu aku nyer
nama pizza nih aku dh lupa
jarang2 mkn
bukan senang nk igt

saat fatin merasai mushroom soup
sedapp
soup mmg aku nyer fav
mangkuk aku sorg jer yg licin

hidangan ni milik wan
dikelilingi cheese
mmg fav wan
nama pizza cm biasa la
manalah nk igt kan
kena lak sebutan omputeh
kelemahan aku tu

qis n fatin dh selesai makan
masing2 dh kuarkan hp
aper lg kan
bergambar la

me n wan..gedik jer amek gambo
padahal restoran tu penuh dgn manusia
peduli apa kan..
lgpun bukan usik duit diorg pun

si fatin n qis tgh sibuk amek gambo diorg
pastu kitorg bawak haluan masing2
pekan PB kul 10 tu dh lengang
kitorg bukan kutu rayau
budak baik nih..
hehehehehe

slamat berhujung minggu

19 May 2009

.:: hApPy BurFdaY miSs wAn SarA aFiEna ::.

layan gambo jer la kan..



disambut ber-empat ajo
actual date 16 Mei
tp disambut 18 Mei

.:: MaRshaNda - kEtuLusAn HaTi ::.


**gambo hiasan jer..

Ketulusan Hati
Marshanda
Sedihku.. Sakitku.. kuterima..
Ku rela kupasrah jalanku..
Ini suratan.. aku dicoba..
Demi rahmatmu ku memohon

Ya Allah redhoi ketulusan hatii..
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah .. aku sanggup berkorban..
Demi rahmatmu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosa ku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmat mu untuk ku

Ya Allah redhoi ketulusan hatii..
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah .. aku sanggup berkorban..
Demi rahmatmu Ya Allah 2x

untuk dengar lagu nih, sila la download
ketulusan hati.mp3

lagu nih best
sayu dan penuh keinsafan
lagu ni jugak adalah OST aqso & medina
citer berkenaan pengorbanan cinta
pendapat masing2 la kan,
bg aku pengorbanan gila
ada ker org baik sampai cmtu?

.:: 8C Buat Suami BENCI Isteri ::.

hari nih dh masuk hari selasa..cepatnya masa berlalu
sbnarnya itu yg aku nk..
tk sampai sebulan jer lg aku dh nk hbs practikal...
lega rasanya
tk perlu lg nk hadapi muka2 diorg nih..
ok2..cukup..
lama tk update kan..
thanks sbb ader lg yg sudi menjenguk
bz sikit mggu nih..
sorry
entry kali nih copy dr email jer..
sekadar untuk dikongsi bersama...

C1.CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3.CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5.CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

16 May 2009

.:: jOm Balik KaMpuNg ::.

1st skali nk wish
SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru2 kt malaysia nih
semoga jasa dan pengorbanan kalian akan
memberi makna yg besar dlm pembangunan negara
bukan senang nk jd cikgu nih..
kesabaran kena tinggi
cm aku nih mmg tk sesuai jd cikgu
mau mati budak kena dgn aku

ok2
stop la bebel bukan2 pasal cikgu
berbalik kepada tajuk
aper lagi kan
bila cuti jer mesti la balik kampung
kampung bukan jauh pun

balik kalinih
umah abah dh 98% siap
sumer pintu n tingkap dh terpasang
kunci2 skali

sempat gak amek gambo td

kebanyakkan gambo syok sendiri jer



adib n farah pun ikot gak balik kampung
mmg kecoh ngan diorg nih




time ni farah tgh main pondok2
biasa la kan budak kecik2
cakap jer nk amek gambr
cepat jer di posing


14 May 2009

.:: Muka BaRu d PpKt ::.

ppkt ader student practikal baru
mendaftarkan diri pada 11 Mei 2009
dengan itu maka rasminya menjadikan
jumlah student bertambah kepada 4 semula
meh nengok gambo


nih la hasil dari kebosanan yg melampau
korang tgk gambar tu mesti dah leh agak
yg mana 1
student baru kan?
yer la, sblm nih kan dh pernah letak gambr
kali nih student lelaki lak..
baru 3 ari dia kt sini..

sbnarnya kami nih berada di bilik jamuan
bukan utk jamuan pun
tp sbb lab yg slalu kami guna tu
ader bengkel kt situ
jadinya kami terpaksalah membawa diri..
pasrah jer laaa.....


13 May 2009

meh nk jaja gambar pengantin



inilah pengantin yg dijaja sepanjang minggu nih..
kira pengantin fresh lg..
nih kenduri pihak perempuan
mggu dpn kot umah lelaki lak
gambar nih aku cilok dr friendster adik si pengantin
harap maap yer
tk sempat nk mintak kebenaran
to syida
semoga kalian berdua akan ketemu kebahgiaan yg diharapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU

ha,baru teringat
ucapan selamat jugak buat cikgu syarrah
a.k.a cikgu tadika si farah
cikgu nih baru jer akad nikah
kenduri 6 jun nanti..

amek berkat byk2
hehehehe

xTvT ujung minggu

ujung minggu yang biasa2 jer..
sabtu tu kan g kenduri syida
ahad pulak
rehat2 kt umah jer
sepetang yg agak panas di PB

pekena ice cream mmg best
sejuk jer rasa
mau2 durian..
sedap tau
pastu dlm kul 6 cmtu bwk kanak2 dirumah g taman
jarang bawak diorg g sana
tp tv pun dh tk der citer best
so bersiar2 tu lg bagus
kitorg g taman permainan
tk jauh pun dari umah
disebabkan kanak2 terlalu seronok bermain
tk sempat nk snap gambar diorg
gambar inang2 pengasuh jer yg ada..
masa duduk atas jongkang jongket tu
aku harap benda tu tk patah
kang jd perosak harta benda awam lak
hehehehe
oh, ni lak partner jongket aku
sapa lg kan


12 May 2009

..:: seKitAr mAjLis PerKahWinan SyiDa ::.

sebelum nih aku dok war2kan majlis kawen si syida kan...
alhamdulillah semuanya dh selesai
syida dh selamat jd isteri seseorang


ni pelamin + meja makan pengantin
tema ungu n putih


nih plak hantaran syida kepada suaminya
hmm
tp kan gambo pengantin tk der la..
aku tk sempat jumpa dgn pengantin
sbbnya
abah nk balik cepat...
ada hal..


inilah hal nya...
urusan di rumah baru abah

11 May 2009

.:: aWarD ::.


kali nih dapat award dari Syakiela..
thanks...

08 May 2009

.:: tenangKan HatiKu Ya Tuhan ::.



YA ALLAH
tenangkan hatiku
jadikan lah aku seorang yg mampu menghadapi semuanya

amin

06 May 2009

~kawan sampai mati~

mereka2 ini adalah antara teman TERBAIK pernah aku milikki
hari ni..
saat nih, terkenang kenangan dulu
kenangan yg mana takkan berulang kembali
saat ni terlalu sukar rasanya nk kumpul kesemua teman2 ku ini..
masa dh berubah..
kesemua punya komitment masing2..
semoga daku masih dihati kalian
ish2,sayu lak..
hehehehe...

meh nk kenalkan satu per satu..
yang paling kiri
namanya Norazliza Abd Aziz
graduan UPM
skarang seorang guru..
last skali jumpa dia masa dia datang umah pinjam buku
hampir setahun yg lalu..

dua dari kiri tu aku la...

yang tengah
namanya Norazura Samsudin
graduan UMP
skarang dh keje kt KL
bila last aku jumpa dia aku sendiri tk igt..

dua dari kanan
namanya Rose Emilia Muzmy
graduan UPSI
dh kompem2 cikgu..
cikgu biologi di sebuah sekolah d cameron
lebih dari setahun aku tk jumpa dia
family dia dh pindah kuantan
plus dia dh kawen sekarang...
bawah nih gambar dia


dan yg terakhir
namanya Nor Syahida MD Naser
student lg..
dan akan berkahwin beberapa hari jer lg..
kad pink tu dia nyer la...

p/s: rindunya..

.:: JemPutaN PerKahwinaN ::.

POSTO !! POSTO !!


alamak
sorang lg member nk kawen

TAHNIAH
buat
NOR SYAHIDA BT MD NASER
dan
ZAIHAMI ZULHAIRI MUHAMMED
semoga berkekalan hingga akhir hayat

insyaallah
i'm coming..
nk makan skali dgn pengantin bleh?
hehehehehe


p/s : kad kawen pink kaler..i like..cantik jer mata nih tgk..


.:: TeRharU ::.

selamat pagi semuaa....
baru perasan dh tk update dekat seminggu..
oklah, nih update siket2 yer..apa yg terlintas nk citer la...
yg terlupa tu abaikan jer la...

berbalik kepada tajuk..
TERHARU
itu kot perkataan yg sesuai nk guna..
begini,
semalam dapat email dari seseorg..
bertanyakan khabar
n dia cakap dia silent reader blog nih..
ha,mau tk terharu..
igtkan tk der sesapa kesah...
rupanya ada yg amek kesah..
terima kaseh banyak2..

my sayang dh selamat di'interview'
1 ari senin n 1 lg ari selasa
dia kata ok jer..
so kita tunggu result nanti la..
harap2 ader la rezeki kan..

bercerita pasal interview nih
ada sesuatu yg menarik terjadi
my sayang amek emergency leave 2 ari
saja tk apply cuti katanya
sbb nanti bos tanya mcm2..
disebabkan tu bos2 nyer pun heran..
hari 1st tu bos anta SMS

"what's wrong Khairul? u ader masalah ker? sampai 2 ari amek emergency"

see, nampak tk bos amek berat..
hari kedua lak,
big2 bos tepon..
mase tu dlm bilik interview
nasib la my sayang silent hp
pas kuar dari bilik tu
my sayang pun tepon la balik

BigBos : sy terkejut u amek 2 ari emergency, 1st time dlm 3 tahun u keje sini
my sayang : sorry bos ader hal di kampung
BigBos : u kene tangkap basah ker?

uik, mcm tu nyer soalan pun ader ker
agak2 la kan..
tp tk leh nk salahkan BigBos gak
sbbnya kilang tu ader 2-3 rekod engineer kena tangkap basah
tk yah cakap la kilang mana la kan..

to my sayang, keje rajin2 yer

Widgeo