18 October 2012

Day 54 : alhamdulillah

Alhamdulillah
dah hari ke 54 bby cik niEra ni
sbnarnya day54 ni memberi 1 sejarah
kalau ank org lain day 7 - day 14 dh tanggal pusatnya
bby cik niEra day 54 baru tanggal
hebat kan?

12 October 2012

Konvo =)

Salam semua =)
sememangnya tkder yg lebih membahgiakan bg seorang pelajar melainkan hari bersejarahnya iaitu KONVO
kalini giliran cik niEra plak
hari bersejarah tersebut jatuh pada 19 September
bersamaan 23hari cik niEra berpantang
konvo dalam pantang tu
belasah jer la..tp mmg tkder jalan g mn pun..mmg pergerakkan terhad..mk abh dh pesan berkajang2..jd ikut ja ckp org tua2..
cik niEra dapat sisang pertama
itu saat bahgia gak
bukan senang nk dpt naik stage n canselor sendiri yg bg scrol
rejeki tu
*gmbo atas stage cik niEra blom sempat g amek

ini org penting dlm kejayaan kalini
ini adalah penyelia cik niEra
dia bykkk sgt bantu cik niEra




sebahagian kawan2 yg cik niEra ada


ini kedua cinta hati cik niEra
terima kasih sayang
=)


11 October 2012

Pengalaman Bersalin cik niEra

Dh alang2 ader mood nk update ni kan..meh nk kongsi sket pengalaman pertama cik niEra melahirkan bby..sebagai perkongsian dan sebagai ingatan peribadi..kadang2 rajin gak baca entry lama..

Tanggal 21 Ogos..cik niEra ada mengesan tompokkan darah sket kt pantyliner..masa tu cm "eh, dh tanda ke ni?"..tp tkder plak rasa contraction ke apa..esoknya ada checkup kat klinik..cerita la kt misi..misi pesan.."kalau ader lg spot darah tu..terus g hospital.."

23 Ogos..keluar lg darah..tghr masa tu..terus bgtau my_syg..my_syg pun bawak g hospital..masa ni pun tkder rasa sakit apa pun..tp kami risau bab darah tu jer..dh g menyerah kt hospital tu kan..kompem la kna tahan wad..memandangkan tiada bukaan langsung dan tkder rasa sakit..esoknya cik niEra keluar wad..

menanti la cik niEra dengan penuh debaran..due pun makin hampir sesangat..member lain dh selamat pun..27 ogos dlm kul 8 mlm cmtu..ade rasa sakit yg konsisten setiap 5-8min..bgtau mak..mak suh tggu kuar tanda lain..sakit makin kerap..g mandi..time mandi kuar darah makin byk..1130mlm admit wad lg..masa tu dh ada bukaan 2cm

sakit kerap diselangi darah..mmg la sakit..bukaan mmg lmbt jer rasa..kul 3pg bukaan baru 3cm..sabar jer la..kul 7pg bukaan 5cm..12tghr bukaan cukup 10cm..tp masa tu cik niEra dh lembik..kebetulan my_syg datang masa tu.dpt la dia tgk rupa labour room..mmg tk dpt nk push walaupun cinta hati ada tepi bg semangat..letih sgt+ tulang punggung tk terbuka habis..cm sangkut sket kepala bby..

1230 tghr, cik niEra ditransfer ke Hospital Taiping..merasa la 1st time naik ambulan..mmg dasyat pengalaman tu..rasanya lg dasyat nk dibandingkan dgn naik rolercoster..dgn sakit yg teramat ditambah dengan badan yg melambung2..

sampai Taiping tu, suami dh tk leh masuk labour room..Dr terpaksa vacum kepala bby..cuma Dr pesan cuba jugak teran supaya kerang bergantung kt vacum..bahaya gak sbnarnya kesan vacum..118tghr selamat la bby cik niEra melihat dunia..syukur sesangat..

tp tkder la rasa terlalu hepy masa bby kuar..sbbnya masa kuar bby tk bersuara pun..tambah plak misi cpt2 bawak jauh dr cik niEra..setengah jam lepas tu..baru misi datang tunjuk bby..baru tau bby boy..dan diorg ckp bby ader telan air ketumban sket..lg sedih bby dihantar ke wad lain untuk pantauan..sayu sgt hati masa tu..

bby dipindahkan wad dgn ambulan gak. my_syg azankan bby melalui celah2 incubator je..tk dibenarkan angkat bby sebab dipasangkan wayar oksigen..sedih sgt masa tu..asyik terpikir dan tertanya apalah yg jd pada bby..

dalam wad bersalin tu, sedih sgt rasa bila tgk ibu lain dgn ank masing2..bby cik niEra tktau apa nasibnya..keesokkan pgnya, Dr brnarkan cik niEra keluar wad..bila tanya pasal bby ader Dr lain bgtau bby stabil..selesai segala urusan pembayaran..kami laki bini g ke wad bby tu..alhamdulillah bby kami tkder apa yg merisaukan..dh tkder terima apa2 kesan sampingan disebabkan vacum tu.lega sgt hati yg sebelun tu sgtlah risau..

kesimpulanya, semua org punya cerita manis masing2 berkaitan melahirkan ank..bby cik niEra lahir tepat pada due dia.. 28 OGOS 2012..40weeks tu =)
syukur sgt semuanya selamat

Assalamualaikum kawan-kawan

Bismilillah..
lama sgt rasanya cik niEra tk update blog kan..bersawang sakan..tp cik niEra still blogwalking ke blog kawan2..cuma nk update blog tu yg maha malas..Alhamdulillah..byk sgt benda terbaik yg berlaku sepanjang cik niEra malas tu..
yg pertama
14 Jun yg lepas
cik niEra lulus viva
masa ni kandungan dh 7bulan tau
pada 28 Ogos plak cik niEra selamat melahirkan bby boy
bby ni kami namakan Muhammad Farish 
 dan cik niEra konvo pada 19 sept
masa tu baru 23hari berpantang
our small family =)
Alhamdulillah
ader lg yg cik niEra nk kongsikan..kemudia yer cik niEra update lg.
.rasanya penyakit malas update dh berlalu

07 June 2012

Muncul Semula =)


salam semua =)
cik niEra kembali ni..erm,sbnarnya tkder la menghilang pun..cuma mood M yg besar jer..rasa liat sungguh nk update blog..padahal byk jer benda nk bercerita..

15 May 2012

Sayu lak rasa =(

salam semua,
harap2 semua org ceria la kan..jgn murung2 cm cik niEra..
rindunya dekat dia

26 April 2012

Sekadar Berkongsi : Isteri terpelajar masuk dapur? Kolotkah itu?


untuk makluman,artikel ini sangat menarik hati saya..sy copy dr laman FB jer..bukan tulisan saya sendiri =)

Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi. 


SOAL PILIH JODOH / MENANTU 

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya. 


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?) 


Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.


Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi. 


Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak" 

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami. 


Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami. 


Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.


Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami. 


Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini. 


Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah. 


Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu.  Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.


Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku. 

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja. 


Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya.  


Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.


Salam bahagia semua. 


SAIFUL NANG 

Mengulit Kenangan Silam =)

semalam
cik niEra kembali ke UUM
setelah hampir 3 tahun meninggalkan dunia yg itu
nampak lain dah..cam makin hebat jer =)
bangunan makin banyak
kafe makin hebat
kenderaan pun makin banyak
cik niEra sebenarnya g utk meeting sajo
dh kebetulan kan
terus g ronda2 tempat cari makan dulu2
hampir sama jer
makanan yg spesel dulu2 pun ader lg tau
cuma tokei kafe jer yg dh meninggal
sedih sgt2 dengar berita tu

20 April 2012

Selamat Pengantin Baru

ini adalah entry yang dh basi
tp nak gak bercerita pasal majlis kenduri kawen ni
ini adalah pengantin lama =)
menumpang sahaja
ini barulah pengantin yang baru
sangat seronok sbnarnya dapat ahli keluarga baru
meriah jadinya
cik niEra masa ni masih mabuk2
ops...gambo ni diambil pada 12/3 yang laluuu
yes,
kan dh ckp tadi..entry basi =)
gambo pas nikah kt umah keluarga pengantim perempuan
jauh kat Pahang nun..
=)
keluarga besar cik niEra
semoga ikatan ni kekal sampai hujung nyawa =)

18 April 2012

Pertemuan ke-4


Salam semua,
ader lg ek org baca blog bersawang ni?
cik niEra mmg terlalu malas nk update tau
padahal begitu banyak nk kongsikan..terutama pengalaman yg cik niEra dapat sewaktu mengandung nih
Alhamdulillah
usia bby sekarang dah masuk 22w
erm,kalau nk ikutkan dh leh tau jantina kan?
tp cik niEra blom g scan lg..
cadangnya bulan depan baru nk g scan
last week,
rutin check up kt KK
syukur sgt berat dh mula naik
2kg naik,kira ok sgt la
bebas la dari kna bebel ngan misi
tkder apa yg menarik utk pertemuan kali ni
harap2 pertemuan bln depan pun tkder la masalah yg tak dijangka
since 17w aritu
cik niEra dh leh detect gerakkan bby
tp masih soft jer
rasa cm gelembung udara jer
then sejak seminggu dua ni
gerakkan makin kuat..kalau tarik tangan my_syg letak kt perut pun dia dh leh rasa gerakkan bby tu
sama jer cm org lain, perasaan hepy tu tk tergambar
Alhamdulillah..
tentang persiapan nk sambut org baru ni
semuanya masih berlegar2 di kepala
blm beli apa2 kecuali barut dan bedung
ini bedung & barut yg cik niEra order
harga mmg berpatutan
tambah pulak servis nya cepat..
owner ni cakap lambat sikit..tup2 dah sampai jer ke rumah..
terkejut gak..ala2 suprise walaupun sendiri yg order
owh,
kalau ader yg berminat nk order
leh search kt FB jer babyshop.com
dh rasa cm tak sabar nk shopping



07 March 2012

..:: Pertemuan Ke 3 ::..

salam semua
harini 7 mac adalah pertemuan ketiga antara cik niEra ngan misi2 kt KK nun
appoiment kul 8pg,730pagi cik niEra dh terpacak kt sana
semangat itulah yg membuatkan cik niEra dpt no 1
hehehehehe
kalini berat turun sekilo lg..
misi dh bising..dh kurang 4 kg sejak mengandung ni
dh misi bising cik niEra pun rasa risau
erm,cmner yer
rasanya misi tu yg salah timbang
kt situ pakai timbang yg cm dulu2 tu
bukan digital...
timbang sambil gosip..
tp yang untungnya..harini dapat jumpa ngan Dr
jumpa Dr bermakna dpt scan
Alhamdulillah
nampak semua dh
ada kaki, ada tangan, ada jenyutan jantung...
bby pun aktif gerak2
syukur sgt2
owh,
pg tadi my_syg wat cik niEra terharu
masa cik niEra tgh siap2..mandi,iron baju..
rupanya my_syg siapkan kelengkapan sblm g klinik
maklumlah kalini dia tk dpt nk temankan
cuma dpt tumpangkan jer otw g keje
dia letakkan 2 bungkus biskut + 1 kotak susu dlm handbeg cik niEra
suamiku sayang,
isterimu ini tersangatlah terharu
walaupun bg org lain adalah benda kecik =)
bg diri ini......
LUV U SO MUCH

22 February 2012

..:: setelah lama menyepi ::..

salam semua
dh lama sgt kan cik niEra tk update blog
padahal tiap2 hari cik niEra blogwalking
lawat blog sana..follow blog sini
tp blog sendiri dibiarkan sepi
bukan apa
malas lak jadinya
byk benda nk diceritakan
tp entah la
sintom org mengandung mmg cmni kot (alasan)

perkembangan pasal kandungan
Alhamdulillah,
rasanya tkder alahan yg teruk cm org2 dok citer tu
sikit2 jer pening
muntah pun tk
awal bulan aritu cik niEra demam
apa yg cik niEra perasan
sejak mengandung ni cik niEra kerap gak demam
dan bila demam tu agak teruk

selera mkn dh ok
dh selera mkn nasi
dh boleh telan apa saja
tp
masak tk leh la..
bila masak jer tk dpt nk mkn
rasa terlalu la tk sedap
jadinya tiap2 hari beli jer
dan tiap2 hari menunya adalah sama
ini jer..tiap2 hari tau
menunya NASI PAPRIK jer
erm,
cukup la kot utk harini..
nnt cik niEra update lg yer
hari ni usia bby cik niEra 13w 4d =)

18 January 2012

Limau oh Limau

biasa la kan
time CNY ni berlambak2 limau
semalam my_syg bawak balik 4 biji limau
1 mkn mlm tu gak
3 lagi mkn secara maraton ptg td
memulas gak la perut nih
dh limau tu sedap
tk sedar hbs semua limau yg ada
baru teringat kt laki
dia tk sempat rasa pun
kejamnya sy tau
call my_syg
"yg, bb dh mkn semua limau syg tu"
"tkper,mkn lah..ader lg.."
"bestnya ari2 dpt limau " ~lega hati..risau my_syg kempunan jer...heheheh
skali bila dia balik kerja
ni ha,
sekotak dia bawak balik
huh,
puas hati..mkn la puas2
sorg dpt sekotak..kaya tol kilang tuh
angpow tkder ke?

17 January 2012

dh boleh cita kt sini kot, Bismilillah...

cik niEra tktau nk mula dari mana
yang pasti dh ader member2 blogger yg dh dpt teka dari entry cik niEra yg lepas
yer betul,
cik niEra bakal jadi ibu
Alhamdulillah
syukur sgt2..
sememangnya cik niEra sgt2 mengharap
tp timing ni betul2 tk disangka tau
elok jer time thesis siap dihantar

ceritanya bermula hujung tahun lepas (cm cita lama jer kan?)
mula perasan bila miss P lewat 3hari
hati tertanya, dh ader ke..tp akal lak menyangkal
perasaan takut tu mmg ada..disebabkan bulan sebelumnya miss P datang awal 10 hari..
sangat risau takut2 petanda period dh tknk stabil
pada 29 Dis cik niEra g farmasi
agak kecewa sebab farmasi tu ader UPT yg murah jer

cik niEra nk beli yg clearblue tu,tp tkder kan
belasah jer apa yg ada
dh agak ptg masa tu..dalam kul 4 rasanya
cik niEra gagah gak wat walaupun tahu keputusan tkkn tepat sangat
sbb slalunya kna buat gna urin awal pagi kan
inilah keputusan yg cik niEra terima
line tu light sgt
hati pun cm ragu2 sikit
balik jer my_syg, cik niEra terus la tunjuk benda ni
malangnya dia tkder la teruja sgt
sebabnya line tu light sgt
jumaat tu my_syg amek half day
bawak cik niEra g klinik
cik niEra bgtau Dr tu, cik niEra dh wat UPT
then Dr terus suggest terus scan
dan Alhamdulillah
dh nmpak time scan tu..
estimated bby age Dr tu ckp 6minggu cmtu
dan bemulalah kegembiraan kami
permintaan kami sekali lg dimakbulkan olehNya
now bby dh masuk minggu ke8
jauh lagi perjalanan nk melihat dunia kan
harapnya tiada yg buruk berlaku

BR1M tk layak, BB1M pun jadi la

2012 ni mmg tahun rezeki la
owh
gumbiranya hati
BR1M tk layak
tp dpt ini plak
yes
leh shopping buku
lumayan kalau nk beli novel
cik niEra dh hbs belajar
so nk beli buku apa lg kan
=)
senyum, syukur alhamdulillah
my_syg dengan baiknya telah terbuka hati nk masuk astro kt umah kami ni
yer, dia byk pikir memandangkan umah ni umah sewa jer
tp dek kesiankan bininya yg melangut kt umah ni
dia masuk gak..siap plus pakej yg diidam bininya lg..
tengkiu la syg

11 January 2012

Surirumah =)

gambo comel diatas merupakan ikhsan en.Google
SURIRUMAH
yer, itulah current job cik niEra kalau kne isi borang saat ni
master cik niEra belum habis
tp sebenarnya dh habis
eh,
cmner tuh?
cmni...master tu tunggu pangilan Viva jer
Viva tu cm sesi soal jawab gitu..yg menentukan lulus atau gagal..
mungkin dlm masa 3 bulan lg kot
erm,
cm lama jer kna melangut kt umah ni
rutin harian pun dh byk berubah
rehat jer membesarkan badan yg tersedia tk berapa selim dh ni
biasanya kalau surirumah hakiki tu bz teramat kn?
tp mmg berbeza ngan cik niEra
cik niEra cuma dok lepak tgk tv sajo..
masak tk,mengemas pun sket2 jer,mendobi pun tk,tido mmg lebih dr biasa
huh,
sampai bila nk jadi pemalas cmni?

07 January 2012

uik, tahun baru dh ni...

harini dh masuk 7 Januari
dh 2012 rupanya
cepat lak masa berlalu
berhabuk lak blog ni..
tuan blok cm wat2 sibuk
terabai sudah ini blog
tahun baru cik niEra disambut dengan pakej KOMBO
demam+selsema+batuk
dan BONUS fenin lalat
meh pikir +ve
semua tu penghapus dosa *insaf kejap
hehehehe
sebab tu la blog ni terabai cmtu jer
rupanya ader gak yg rindu
terima kasih la =)
cik niEra mmg ader byk benda nk share ngan kawan2
2012 ni tahun ong taw
awal2 tahun dh terima berita baik
heppy sesangat taw !!
next entry cik niEra citer yer...

Widgeo