28 April 2011

Tahniah My_syg =)

cik niEra kembali =)
citer pasal Phuket pas nih la yer
nk jugak wt entry pasal nih
entry sblm nih dh bgtau yg my_syg dh dapat kerja d Penang
Alhamdulillah
syukur sgt2
akhirnya doa kami termakbul
itu tu atas kesudian dan bantuan beberapa pihak
terima kasih tk terhingga kepada yg menbantu
1. Dr.Wan
supervisor cik niEra,dia yg bg cadangan suh jumpa dgn Dr.Zarina
tp cik niEra belum g jumpa..
dia dh siap bgtau Dr.Zarina
2. Dr.Zarina
Dr.Zarina nih lect kt sini
kenal2 cmtu jer
cik niEra pass resume my_syg pada dia la
untuk dipanjangkan kpd suami dia
3. En. Zul
En.Zul nih suami kpd Dr.Zarina
merangkap org yg interview my_syg
mereka ber3 inilah yg membawa my_syg pulang ke Penang
ceritanya bermula pada 24 Mac (khamis),
Dr.Wan cita pada Dr.Zarina ttg my_syg tgh cari kerja
Dr.Zarina mintak resume utk serahkan pd suami dia
tepon my_syg suh dia segera email resume dia kt cik niEra
malam tu my_syg email
25 Mac (jumaat) cik niEra bg resume my_syg pd DrZarina by email..
dia tknk print2 nih..
tghr tu gak dia bg resume tu pada suami dia,En Zul.
28 Mac (isnin) my_syg dh dpt call dr kilang tu
uih,rasa cm cepat jer
my_syg pilih untuk di'interbiu' pada 4 April
haritu mmg nampak sgt my_syg nebes
ni bukan kali pertama cik niEra teman dia interbiu
dh byk kali dh
tp yg nih lain sket katanya...
awal pagi sebelum kuar umah
dh nampak kn muka cuak dia?
masa nih dh sampai di perkarangan kilang tu
sampai awal, tunggu dlm keta jer kejap
kami yang mengharap =)
sesorang jer dlm kete
lama plak tu
penantian untuk keputusan kami rasakan cm lambat jer
debaran mmg maha hebat
pg selasa tu terjumpa ngan Dr Zarina
dia ckp suaminya suka dgn my_syg n berhasrat untuk mengambil my_syg bekerja dibawahnya
segala sokongan dr pihak EnZul mmg tip top
tinggal tunggu plan manager n board of director sain jer
seminggu berlalu
dapat berita yang plan manager dh sain..
dan
akhirnya pada 21 APRIL
dapat call ckp my_syg dapat kerja tu
mula kerja pada 16 Mei nnt
di
kilang ini
gaji disini pun cukup baik
semoga my_syg selesa bekerja disini
Terima Kasih pada yg mendoakan =)



22 April 2011

..:: Akhirnya Pernantian Itu Berbaloi ::..

Alhamdulillah
syukur sgt2
dlm beberapa hari nih dok terima berita baik jer
dan
berita yg dinanti selama nih datang jgak
my_syg dh berjaya dapatkan kerja disini
heppy tk terkira
cik niEra ader simpan entry pasal dia g interview 4April haritu
saja tk publish
tkt mengecewakan jer
then
bila dh dapat berita baik nih
kang cik niEra publish yer

21 April 2011

switch on mood : BERCUTI =)


bercuti lagik ker?
cm byk jer duit dok g bercuti kan
tkder la
g conference kt tmpt tu..
sambil2 tu on kan jer mood bercuti
yer la,
kalau nk g sendiri tu belum tentu sampai kesana
g ahad nih
balik lak rabu
nk tau tk cik niEra nk g mana?
nih ha,
google dapat la gmbo nih
terpegun jer tgk pantainya..
kang balik cik niEra cita
betul ker pantai nih cntik cmtu?

20 April 2011

.:: Haish,bertuah punya suami ::..

nk marah pun ada,
rasa nk gelak pun ader
begini ceritanya
beberapa minit tadi
cik niEra dapat call dr sorg pompuan
tkder pun kenalkan diri
cuma dia bgtau dia nih dr company insurans takaful kot
cik niEra nih bila dengar jer perkataan insurans tu
mula la wt dengar tk dengar jer
malas la..dh bykk sgt dh org promote bab2 insurans nih
skali minat tu ckp "baru sekejap td sy call en khairul dan tujuan sy call pn munira nih adalah untuk menanyakan no ic puan..."
masa nih cik niEra cm blur
pastu minah nih sambung lagi
"suami puan tk igt no ic puan..."
yg bestnya minah tu cm gelak2 lak
haish, bertuah tul laki cik niEra tu
couple 11 thn lebih..kawen pun dh lebih setahun..
no ic pun dia tk igt

14 April 2011

nama glamer..korang ader?


eceh
NAMA GLAMER a.k.a NAMA TIMANGAN
korang ader ker?
kalau cik niEra nih..nama biasa2 jer la..nama timangan tu dikerat2 dr nama sebenar
ader yg
panggil nira, ira pun ader,
mun pun ader..
family mertua panggil ah (spesel sket)
tp
ader 1 lg nama yg member2 1 taman panggil
CHE PUTEH
heheheeh
cm nama dulu2 kan..
tk pasti la naper diorg gelarkan cmtu
tp kalau dengar nama nih jer
dh tau mesti budak2 1 taman..
=)

Tragedi Mulia

AMPANG: Keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan dari paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Ong Kim Koon, 52, dilanggar dari belakang ketika berusaha mengeluarkan Zainal Mohammad, 45, dari Perodua Viva yang dipandunya.


Sebelum itu, Ong berjaya mengeluarkan isteri Zainal, Rosamiah Hashim, 38, selepas kereta dinaiki pasangan terbabit berlanggar dengan sebuah Toyota Vios di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, di sini.

Bagaimanapun, ketika Ong mengeluarkan Zainal, dia dirempuh sebuah Toyota Estima dari arah belakang menyebabkannya tersepit pada Perodua Viva berkenaan.


Pemandu Toyota Estima yang melanggarnya pula melarikan diri dari tempat kejadian. Mujur, Ong dibantu beberapa individu lain yang lalu di kawasan itu dan membawanya ke hospital.


Ong yang ditemui di Hospital Ampang (HA) di sini, semalam, berkata sebelum kejadian itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Mewah selepas habis bekerja dan melihat dua kenderaan terbabit kemalangan.

“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk meninjau keadaan kenderaan itu. Selepas melihat sepasang suami isteri dalam Perodua Viva tersepit dan meronta-ronta sambil menjerit meminta pertolongan menyebabkan saya membantu.


“Selepas berusaha kira-kira 10 minit, saya berjaya mengeluarkan mangsa wanita sebelum meletakkannya di bahu jalan dan memintanya menghubungi polis berikutan dia sedar,” katanya.

Ong berkata, dia kemudian berusaha pula mengeluarkan mangsa lelaki, namun tiba-tiba sebuah kenderaan merempuhnya dari arah belakang.


“Saya tak sedarkan diri selepas itu dan hanya tersedar selepas berada di HA. Saya terpaksa menerima hakikat pahit apabila doktor memaklumkan kaki kanan saya terpaksa dipotong akibat parah manakala kaki kiri saya pula patah,” katanya.


Difahamkan, sehingga lewat petang semalam Rosamiah masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HA, manakala suaminya, Zainal dirawat di hospital sama.


Zainal berkata, dia berterima kasih kepada Ong dan jika tidak kerana tindakan lelaki terbabit membantunya, yakin dirinya dan isteri mungkin maut.


“Saya akan menyaman pemandu kenderaan itu RM2 juta, namun wang itu bukan untuk kegunaannya sebaliknya akan diserahkan kepada rumah anak yatim,” katanya.


Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Deputi Superintendan Wan Zaharuddin Wan Omar ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik Toyota Estima yang melarikan diri itu.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

sumber : myMetro

p/s: cik niEra tkder idea nk mengupdate blog..ati kurang senang...=)

04 April 2011

Tahukah Anda ?


eceh,
tajuk cm akademik jer kan..
sebenarnya
cik niEra dapat info nih masa dok jalan2 kat pasar malam
ader la 1 gerai nih pasang ceramah agama
cik niEra lak singgah mkn mee ketam kt pasar mlm tu
oh, meh berbalik kepada apa yg cik niEra nk cerita
sekarang nih kebanyakkan umah ader benda nih
piring astro
dlm ceramah tu bgtau
piring astro nih mengadap kiblat
balik jer umah
mendongak la cik niEra cari piring nih
mmg ngadap kiblat la
subhanallah
=)
pasnih kalau g memana
tk yah la sesusah pikir arah kiblat
cari jer piring astro tu
mungkin ramai yg dah tahu pasal nih
tp cik niEra baru jer tahu
=)

Widgeo